Mural Trent Alexander-Arnold di Anfield
2 min readTrent Alexander-Arnold – anak muda tempatan yang baru berusia 20 tahun, namun telah mengharumkan nama seluruh bandaraya Liverpool.
Atas sebab itu tidak hairanlah beliau telah dipaparkan dalam sebuah mural di dinding deretan rumah teres berhampiran Anfield.
Paparan mural ini terletak di persimpangan Sybil dan Anfield Road, mengadap ke arah Main Stand.
Laluan Anfield Road sebelah sini kurang dilalui pengunjung berbanding persimpangan Arkles, namun pastinya berubah selepas ini. Para peminat pastinya tidak akan melepaskan peluang bergambar dengan mural ini pada hari perlawanan.
Mural ini telah diusahakan oleh the Anfield Wrap, podcast terkenal bagi peminat Liverpool FC.
“Anak tempatan yang sangat berbakat namun sangat merendah diri, masih muda namun telah memberi sumbangan besar kepada masyarakat sekitar. Berapa besar bebanan yang dipikulnya selaku anak tempatan? Orang lain pasti kecut perut namun beliau terus berkembang.”
“Kami harap semua orang menikmati mural ini. Tidak kira samada penduduk tempatan mahupun pengunjung luar. Terutama bagi kanak-kanak, kami harap mural ini menjadi inspirasi buat mereka. Trent sendiri pernah berkata;
Mural ini telah dilukis oleh Akse, artis graffiti dari Perancis yang turut melukis mural Klopp di Baltic Triangle, Liverpool tahun lalu. Proses pembuatannya memakan masa 6 hari untuk disiapkan.
The Anfield Wrap tidak akan meletakkan logo mereka, sebaliknya mereka berharap mural ini akan mempopularkan foodbank rakyat tempatan.
“Hunger doesn’t wear club colours” demikianlah motto foodbank tersebut.