Xabi Alonso Kembali di Anfield.
Lagenda Liverpool dan wira Istanbul 2005, Xabi Alonso kembali ke Liverpool bersama pasukannya Bayer Leverkusen untuk perlawanan Liga Juara-juara malam nanti menentang Liverpool.
Xabi Alonso yang membawa Leverkusen sebagai juara tanpa tewas di Bundesliga musim lalu, menjadi pilihan utama peminat musim lalu bagi mengambil alih pasukan daripada Jurgen Klopp.
Walaubagaimanapun, setelah melihat Arne Slot memimpin Liverpool menang 13 daripada 15 perlawanan pertama beliau, ramai yang mengalih sokongan agar Arne Slot membawa kejuaraan demi kejuaraan buat Liverpool.
Apa keputusan malam ni agaknya? Admin teka Liverpool akan menang dengan jaringan 2 gol berbalas satu.
#anfieldmy #beritadarianfield