Suasana di Tapak Pembinaan Pembesaran Anfield Road Stand
Pembinaan Anfield Road Stand sedang berlangsung dengan pesat sekarang ini. Sebanyak 7000 tempat duduk baru akan ditambah, menjadikan saiz keseluruhan Anfield menjadi 61,000 tempat duduk.
Stadium ini akan siap sepenuhnya dan akan dapat digunakan bermula musim 2023/24, namun pihak Liverpool FC telah pun mengemukakan permohonan kepada Liga Perdana Inggeris agar mereka boleh memulakan musim depan di stadium away bagi memastikam persiapan sepenuhnya tempat duduk baru ini.
Sepertimana pembesaran Main Stand beberapa tahun lalu, penggunaan stadium tidak terjejas sepanjang musim ini dan koordinasi pembinaan ini sangat dikagumi banyak kelab-kelab Eropah.
[igp-video src=”https://berita.anfield.my/v1/wp-content/uploads/2023/05/D24678DF7413305183F83278A0361C9D_video_dashinit.mp4″ poster=”https://berita.anfield.my/v1/wp-content/uploads/2023/05/345763128_789103992822494_2067401752745321051_n.jpg” size=”large”]