Prince Rupert Tower (Logo Everton FC) dirosakkan

Prince Rupert Tower (Everton Lock-up) yang disembur dengan cat tulisan nombor 6
Prince Rupert Tower (turut dikenali sebagai Everton Lock Up) yang menghiasi logo pasukan Everton FC dikhabarkan telah kena vandalisme dengan semburan cat memaparkan no.6.
Vandalisme ini telah ditemui sehari selepas Liverpool FC menjuarai Liga Juara-juara buat kali keenam dalam sejarah.
Walaubagaimanapun peminat Liverpool yang berasal dari Merseyside telah menyelar perbuatan tersebut kerana menjatuhkan maruah para penyokong Liverpool, di samping mencemari salah satu ikon bersejarah bandar Liverpool.
