Pemain alternatif selain Jude Bellingham
1 min readNicolo Barella adalah salah seorang pemain tengah yang Jurgen Klopp ingin tandatangani musim panas ini berdasarkan laporan GOAL.
Beberapa penerbitan Itali telah melaporkan bahawa Barella diminati oleh Jurgen Klopp.
Dengan tersiarnya berita bahawa usaha Liverpool bagi mendapatkan Jude Bellingham telah berakhir, peminat akan terdesak untuk Liverpool mencari pengganti yang berkualiti.
Seorang pemain yang saya ingin Liverpool tandatangani ialah Nicolo Barella. Pemain yang kemas. Saya rasa dia akan perform dalam kejohanan nanti.
— DaveOCKOP (@DaveOCKOP) 11 Jun 2021
Nicolo Barella memenuhi ciri-ciri itu.
Media Itali Gazetta.it dan Calciomercatoweb ada melaporkan minat Liverpool terhadap pemain itu baru-baru ini. Kini Neil Jones, menulis untuk GOAL, juga telah mengesahkan berita tersebut.
Jurgen Klopp telah menghantar Paul Goldrick, scout Liverpool yang mencari pemain berbakat sekitar Itali dan Switzerland, untuk meneliti bintang Itali itu lebih dekat, lapor Gazetta.it.
Jones menulis:
“Mereka berminat untuk menandatangani Mason Mount daripada Chelsea, manakala minat terhadap Matheus Nunes dari Wolves difahamkan telah surut. Nicolo Barella dari Inter Milan, Ryan Gravenberch dari Bayern Munich dan Teun Koopmeiners dari Atalanta semuanya turut jadi perhatian, begitu juga dengan Luka Sucic dari Salzburg.”