Liverpool umum pembelian Darwin Nùñez
Liverpool FC telah mengumumkan pembelian Darwin Nùñez dari Benfica, bergantung kepada permit bekerja dan juga kelulusan perpindahan antarabangsa.
Pemain Uruguay tersebut telah menandatangani kontrak jangkamasa panjang setelah bersetuju dengan terma kontrak serta menyempurnakan ujian perubatan di Pusat Latihan AXA Kirkby.
Nunez tiba di Anfield selepas bermain selama 2 musim di Benfica, menjaringkan 48 gol dalam 85 penampilan.
Pemain berumur 22 tahun itu telah membuat penampilan untuk Uruguay sebanyak 11 kali sejak mendapat caps pertama pada Oktober 2019.
“Saya sangat gembira berada di Liverpool. Ia kelab yang hebat.”
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasangan, ibu bapa serta anak lelaki saya yang telah menjadi sumber kebanggaan saya. Mereka amat penting dalam saat-saat penting karier saya. Saya sangat bangga dengan mereka, dan apa yang telah kami buat bersama – dengan pasangan – dan saya berterima kasih kepadanya kerana kini saya di sini.”
“Saya pernah bermain menentang Liverpool, dana saya juga telah menyaksikan permainan mereka di Liga Juara-juara. Mereka ada ramai pemain hebat, dan saya yakin saya dapat menyesuaikan diri dengan corak permainan di sini.”
Darwin akan memakai jersi bernombor 27 , nombor yang ditinggalkan oleh Divock Origi yang telah tamat kontrak.
[igp-video src=”” poster=”https://beritadarianfield.com/v1/wp-content/uploads/2022/06/liverpool-umum-pembelian-darwin-nunez.-liverpool-fc-telah-mengumumkan-pembelian-darwin-nunez-dari-be.jpg” size=”large”]
%%map%%
%%location-name%%