Tranmere Rovers – Pasukan Ketiga di Merseyside
Buat musim keempat berturut-turut Liverpool akan menentang pasukan jiran Merseyside, Tranmere Rovers. Stadium mereka, Prenton Park terletak di Birkenhead, Wirral di seberang Sungai Mersey.
Tranmere Rovers merupakan pasukan ketiga terbesar di Merseyside selepas Liverpool dan Everton. Walaubagaimanapun rivalry dengan pasukan Tranmere tidak sekuat Liverpool dan Everton kerana mereka tidak pernah bermain di Liga Perdana Inggeris (dan juga sebelum ini Divisyen 1).
Jika Liverpool memakai warna merah dan Everton berwarna biru, Tranmere pula memakai warna putih.
Pasukan Tranmere telah ditubuhkan lebih awal daripada Liverpool FC, iaitu pada tahun 1884.
Tranmere mencapai kedudukan tertinggi dalam sejarah – tempat keenam dalam liga Divisyen 1 selama tiga tahun berturut-turut pada 1993, 1994, dan 1995. Mereka layak ke pusingan kalah mati bagi menentukan tempat ke Liga Perdana Inggeris, namun gagal setiap kali.
Mereka juga sering layak ke pusingan seterusnya dalam pertandingan Piala Liga dan Piala FA. Apabila John Aldridge menjadi jurulatih Tranmere, beliau telah membawa Tranmere Rovers ke Final Piala Liga pada tahun 2000. Mereka tewas terhadap Leicester City yang dibarisi Emile Heskey dan Pegguy Arphexad (mereka seterusnya bermain untuk Liverpool). Leicester ketika itu turut dibarisi oleh Tony Cottee yang berpindah ke Leicester daripada Selangor.
ada live?
game jam 2:30am pagi jumaat…..ade live tak?
👍
sapa2 yg nk tgok live.. download burma tv.. game liverpool smua ada.. jgn risau
First Half Tranmare 0-3 LFC
Brewster score 2 bijj
bru tgk dh 4-0 jones score
Ptotlaa kits away lfc kaler putih biru gelap.. Kira mcm nak highlight team bawahan tranmere rovers la ni