Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

Cody Gakpo: “Saya tidak tahu, anda perlu bertanya kepada pengurus”

2 min read

Prestasi Cody Gakpo bercampur-campur di Merseyside sejak menandatangani kontrak dengan Liverpool pada akhir tahun lalu dari PSV Eindhoven. Pemain Belanda itu dipuji sebagai salah satu prospek cemerlang dalam dunia bola sepak Eropah dan telah mengharumkan nama negaranya pada Piala Dunia di Qatar.

Gakpo membawa bersamanya harapan peminat yang tinggi tetapi ia telah mengambil sedikit masa untuk penyerang itu menjaringkan gol pertamanya. Akhirnya, dengan menjaringkan gol menentang Newcastle, Everton dan dua gol ketika menentang Manchester United telah membuatkan Gakpo kelihatan lebih selesa dan yakin apabila beraksi untuk The Reds.

Pemain sayap itu bercakap kepada Liverpool Echo di mana dia membincangkan kedudukan yang boleh dimainkannya, bimbingan Roberto Firmino dan prestasi buruk Liverpool semasa:

“Saya telah bermain hampir setiap perlawanan di posisi tengah itu dan bagi saya ia hanya mengenai membiasakan diri dengan posisi itu. Saya tidak tahu rancangan jangka panjang, anda perlu bertanya kepada pengurus,” kata Gakpo.

Pemain berusia 23 tahun itu kemudian bercakap mengenai pengaruh Firmino terhadap permainannya.

“Yang pasti Firmino memang banyak membantu, Bobby ialah pemain dan individu yang hebat. Dia cuba membantu saya seboleh mungkin dan saya sangat menghargainya. Saya suka berada di sini dan rasa seronok. Namun setakat ini jelas sekali hasilnya tidaklah begitu baik.

“Jika anda tidak melihat keputusannya, saya rasa baik, pasukan itu hebat dan semua orang telah membantu saya sejak awal dan saya tidak sabar untuk bekerja keras bersama pasukan, meningkatkan mutu permainan dan memenangi perlawanan.

“Saya rasa semua orang tahu ini adalah kelab besar dan anda perlu bermain untuk menang. Itulah mentaliti di sini. Musim ini bukanlah yang terbaik di kelab ini, saya rasa semua orang boleh melihatnya tetapi kenyataan tidak berubah, kami perlu terus berjuang dan membawa musim ini ke penghujung yang baik.”

About Author

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.