Jersi Liverpool New Balance Blackout Limited Edition 2019/20
Sejak musim 2017/18, apabila Liverpool FC merayakan ulang tahun ke 125, New Balance telah menghasilkan jersi Liverpool versi Blackout Limited Edition untuk koleksi peminat. Penerimaan yang luar biasa telah menyebabkan mereka mengulangi rekabentuk ini pada musim lalu.
Kini New Balance telah menghasilkan satu lagi rekabentuk edisi terhad bagi memaksimakan keuntungan sebelum baki kontrak tajaan berakhir pada hujung musim ini.
Apa yang menyerlah daripada jersi blackout ini adalah material iridescent yang digunakan untuk butiran terperinci seperti logo-logo penaja. Material iridescent memberikan kesan warna pelangi apabila dilihat pada sudut yang berlainan. Material ini juga berkilau apabila dilihat daripada jauh. Bagi sesetengah orang ini agak menyakitkan mata. Peminat fesyen yang konservatif mungkin kurang gemarkan ciri-ciri ini berbanding teknik sulaman yang dihasilkan pada musim lalu. Namun bagi anak muda yang mahu kelihatan menyerlah, anda akan tetap visible walaupun berbaju gelap.
Suatu yang agak berbeza daripada jersi home musim ini adalah jalur-jalur di bahagian depan tidak lurus sepenuhnya, ada sedikit modifikasi terutama bagi jalur-jalur di bahagian kiri baju. Tidak dapat dipastikan apakah tujuan modifikasi tersebut.
Perincian logo – jika diteliti dari dekat, material yang digunakan ditampal secara heatpress (gam menggunakan teknik pemanasan). Apa yang dibimbangi adalah jersi ini sensitif apabila dibasuh. oleh itu sentiasalah basuh dengan tangan sahaja dan jemur tanpa perah.
Jersi ini diperbuat di Thailand, dan bukannya dari Filipina. Trend ini sama seperti jersi blackout musim-musim lalu serta jersi edisi terhad 125 tahun.
Jika diterbalikkan, jersi ini berwarna putih dan clean di bahagian dalam kerana tidak ada logo sulam.
Kod yang tertera di tag harga dan produksi/cucian adalah bukti jersi original. Anda boleh melihat kod ini seperti yang tertera dalam gambar. Jika anda google “new balance MT931539” sepatutnya hasil carian akan menunjukkan gambar jersi ini. Jika gambar lain yang tertera bermakna sesuatu jersi itu bukan original.
Selain itu, tag harga juga diletakkan di lengan dan bukannya di kolar seperti jersi copy ori dan AAA.
Jersi ini ada dijual di Football Republic dengan harga RM469. Ini agak mengejutkan kerana berdasarkan tukaran wang semasa, harganya hanya £75 atau sekitar RM386 sahaja di Anfield.
Jenama: New Balance
Penaja: Standard Chartered
Musim: 2019/20
Harga retail: £75 (UK) RM469 (Malaysia)
Made in Thailand
Kod Produk MT931539
Jika anda berminat untuk dapatkan jersi ini, boleh hubungi kami segera dengan harga yang lebih murah. Selain itu anda juga boleh bayar secara ansuran.
cna nak dptkn bju ni?
nak ordernya bgaimana?
Raihan Hc Udin wasap kami http://wasap.my/447894738672/jersi+blackout
Berita Dari Anfield
kat negeri mana ni
Raihan Hc Udin UK boss, boleh PM segera sebab jersi ini limited, dah tak banyak in stock
Berita Dari Anfield harga ? saya dri brunei
Pm harga bossku
Sham Shamainaaisy RM420
Raihan Hc Udin http://beritadarianfield.com/utama/tempah-jersi-blackout-19-20-dari-anfield/