Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

Catatan Berita Dari Anfield 5 Januari 2018 – Liverpool 2 Everton 1

3 min read
Virgil van Dijk celebrates victory against Everton

Catatan Berita Dari Anfield 5 Januari 2018

Liverpool FC 2
Everton FC 1

Http://Instagram.com/BeritaDariAnfield
Twitter @BeritaAnfield
Facebook: Berita dari Anfield
Whatsapp: https://chat.whatsapp.com/8C782B0F3vFBqxBKR29RQv

1 – Salah dipujuk untuk abaikan peminat

Pemain-pemain yang tidak termasuk skuad pada hari perlawanan kerana cedera atau direhatkan, akan hadir ke stadium tanpa menaiki bas rasmi pasukan. Mereka akan masuk menerusi Kenny Dalglish stand dan berjalan melintasi Kop untuk ke Main Stand.

Bagi peminat yang masuk awal (dua jam sebelum perlawanan) mereka bernasib baik kerana pemain seperti Salah akan melintasi mereka.

Para petugas terpaksa memujuk Salah agar mengabaikan peminat kerana kalau layan semua, sampai sepak mula pun tak habis!

2 – Van Dijk nama terakhir dalam senarai pemain

Sebelum sepak mula, pengacara akan menyenaraikan nama-nama para pemain. Kebiasaannya akan dimulakan dengan penjaga gol, pertahanan, pemain tengah, dan disudahi dengan penyerang.

Namun malam tadi nama terakhir yang disebut ialah Virgil Van Dijk, dengan ucapan “And number four is, Welcome to Liverpool; Virgil Van Dijk!”

Setelah bertahun-tahun, ini kali pertama nama pemain pertahanan disebut sebagai pemain yang terakhir. Satu masa dahulu slot nama terakhir dikhaskan buat Torres dan Suarez dengan sorakan paling gemuruh.

3 – Anfield Road milik Everton

Kebiasaannya dalam perlawanan Piala FA, peruntukan lebih diberikan buat penyokong pasukan lawan, sekitar 15 peratus.

Dengan saiz Anfield bertambah besar selepas Main Stand baru siap, ini bermakna Everton mendapat hampir 8,000 tiket. Ini menyebabkan seluruh tempat duduk di Anfield Road stand dipenuhi pasukan ‘away’, penyokong Everton. Hanya 3 penjuru milik penyokong the Reds.

Tentu mereka rasa lebih ‘home’ kerana mereka pun penduduk tempatan juga. Malah, kedudukan stadium Anfield adalah lebih dekat dengan Rupert Tower (logo Everton) di Everton Park berbanding stadium Goodison Park itu sendiri.

Mengimbau semula kenangan 130 tahun lalu, stadium Anfield Road adalah venue home Everton FC.

4 – Van Dijk tidak puas hati

Pertama kali Liverpool mendapat sepakan sudut di the Kop, hantaran bola tidak ke arah Van Dijk. Beliau menunjukkan reaksi tidak puas hatinya kepada Chamberlain seolah-olah menyatakan; “Corner kick mesti hantar kat kepala aku! Jangan bagi orang lain.”

Selepas daripada itu, beliau berjaya mendapat bola dua kali ke kepala. Satu tandukan ke arah penjaga gol. Yang satu lagi, goal on debut.

5 – Jamie Carragher angkat bakul sendiri

Jamie Carragher menonton perlawanan malam tadi di bar Carragher’s di New York.

Dia tweet – “tak ramai jaringkan gol di the Kop end dalam debut penuh di Anfield”

Beliau menyatakan Van Dijk setaraf dirinya. Beliau menjaringkan gol dalam debut penuhnya di the Kop pada 18 Januari 1997, menewaskan Aston Villa 3-0 hampir 19 tahun lalu.

6 – Matip fouled

Di stadium, peminat dan pemain Liverpool tak dapat fokus untuk bertahan daripada gol Everton.

Kerana Matip ketika berlari pulang untuk bertahan, beliau telah dikasari, menyebabkan pertahanan Liverpool kurang seorang pertahanan tengah.

Peminat sedang fokus marah kat referee. Tiba-tiba bolos.

Terus terdiam.

7 – Since 1995!

Ini sorakan wajib kalau jumpa Everton..

“Since 1995!
“Since 1995!
“You last won a trophy
“You last won a trophy
“You last won a trophy
“Since 1995!”

8 – Harga £75 juta

Peminat yang susah hati kerana harga Van Dijk yang tinggi, kena berhenti merungut. Real Madrid dan PSG berbangga kerana pegang rekod pemain termahal. Liverpool dapat pegang rekod pertahanan termahal, sepatutnya rasa bangga juga. Daripada beli 11 pemain sampah, lebih baik belanja untuk seorang pemain berkualiti yang boleh selesaikan banyak masalah pasukan.

Masalah player tak nak datang Liverpool, masalah pertahanan nampak lemah, masalah tak boleh nak jaring gol sepakan sudut, masalah takde kapten (eh, tiba-tiba pula) selesai dengan beli seorang pemain

Melihat Van Dijk panaskan badan, sudah buatkan seluruh stadium bersorak.

Setiap kali bola sampai kepadanya, peminat rasa tenang dan tidak susah hati macam kebiasaan sebelum ini.

Menjaringkan gol kemenangan, di the Kop, menentang Everton, meyakinkan peminat harga £75 juta adalah berbaloi.

Kredit gambar: Clive Brunskill/Getty Images

About Author

Catatan Berkaitan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.