Núñez mohon maaf kepada semua
Darwin Núñez memohon maaf kepada semua; kelab, jurulatih, rakan pasukan, penyokong, dan makcik kantin kerana telah dilayangkan kad merah dalam perlawanan menentang Crystal Palace semalam.
Catatan hadir kira-kira 24 jam selepas perlawanan, mungkin selepas berfikir panjang dan menenangkan diri selepas kemarahan reda (dan jugak kemarahan Klopp pun reda, mungkin dah lepas kena maki dalam bilik boss).
Dengan penuh semangat dan keyakinan, beliau juga membuat kenyataan ‘I’ll be back 🫡’
Mesej yang ringkas namun penuh bermakna.
Pemain pertahanan Crystal Palace, Joachim Andersen yang menyebabkan Nunez dibuang padang, mendedahkan bahawa beliau menerima 300-400 mesej berbaur kebencian dan ancaman daripada penyokong Liverpool.
[igp-video src=”” poster=”https://beritadarianfield.com/v1/wp-content/uploads/2022/08/nunez-mohon-maaf-kepada-semua.-darwin-nunez-memohon-maaf-kepada-semua-kelab-jurulatih-rakan-pasukan-.jpg” size=”large”]