Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

Catatan Berita Dari Anfield – 9 April 2023 Liverpool 2 Arsenal 2

1. Jekyll dan Hyde
Liverpool merumuskan prestasi musim ini hanya dalam satu perlawanan: pertahanan yang bocor, serangan yang kadangkala luar biasa, referee dan linesman lembab, peluang keemasan yang tidak masuk dalam gawang, fans tergamam dan tak mampu bersorak. Itu semua merupakan episod berulang sepanjang tahun.

2. Ulangtahun ke-34 Hillsborough
Seperti saban tahun, perlawanan home game terakhir sebelum 15 April akan menjadi tribute buat Hillsborough dengan plakad angka 97 di the Kop dan juga eternal flame. Arteta memakai lapel pin angka 97 dan peminat away berjaya senyap sepanjang seminit moment of silence. Juga tiada sorakan yang menghina tragedi ini sepanjang perlawanan. Terima kasih Arsenal FC anda memang ada kelas dan layak muncul juara (kalau menang lah).

3. VVD sudah tamat tempoh?
Gol pertama VVD telah tertampan bola kepada Martinelli yang berjaya menjolok bola masuk ke gawang akibat kesilapan itu. Gol kedua pula Jesus menanduk masuk mudah kerana tidak dijaga oleh VVD. Apa jadi ni bro nak kena jual ke.

4. Main home tapi macam main away
Selepas bolos dua gol, home fans telah menjadi sunyi sepi seperti tidak percaya yang Liverpool begitu teruk serta barisan pertahanan seolah cap ayam. Ini menyebabkan Arsenal berjaya mengawal permainan seolah-olah mereka home team dan Liverpool sedang berkunjung ke Emirates. Pemain-pemain LFC sekadar mengejar bayang-bayang dan tidak dapat hampir dengan bola langsung. Teruk giler bro!

5. Xhaka menjadi punca
Setelah bolos 2-0 dan hampir bolos gol ketiga, peminat Liverpool dalam dan luar stadium seolah sudah menerima Liverpool kalah lagi kali ini dan mungkin bolos 0-4. Tapi entah kenapa tiba-tiba Granit Xhaka provoke Trent Alexander-Arnold menyebabkan seluruh pemain dan fans di stadium bengang. Kedua-dua pemain telah dilayangkan kad kuning tetapi terasa injustice untuk Trent, fans di stadium telah bangkit daripada lamunan dan bersorak habis-habisan mahu menghukum Xhaka yang kelihatan angkuh dan berlagak seawal separuh masa pertama lagi.

6. Salah puasa
Penalty miss kali kedua musim ini, kita mungkin kata berpunca daripada Salah yang berpuasa. Kalau kita di stadium pun mungkin tak jadi marah dan pujuk diri kita dengan mengurut dada dan berkata ‘sesungguhnya aku berpuasa’. Tapi sori bro kat Malaysia kita dah berbuka maka segala maki hamun dikeluarkan hahaha

7. Bobby masih berbisa
Roberto Firmino telah menjaringkan gol penyamaan di hujung perlawanan. Ini menjadikan jaringan 8 gol dalam 8 home games menentang Arsenal. Keseluruhannya 11 gol dalam 15 permainan. Anda memang lejen Si Señor!

[igp-video src=”” poster=”https://scontent-kut2-1.cdninstagram.com/v/t51.29350-15/339941778_959420128551157_2128345001875199546_n.jpg?_nc_cat=111&ccb=1-7&_nc_sid=8ae9d6&_nc_ohc=gbB9rvB52_IAX8unzGT&_nc_ht=scontent-kut2-1.cdninstagram.com&edm=ANo9K5cEAAAA&oh=00_AfBwyXCaUuCIOKjpBPnXNnT-G8ilFeTsNm9eIdw6_n6Kyg&oe=6438FF1E” size=”large”]Catatan Berita Dari Anfield
9 April 2023
Liverpool 2 Arsenal 2

Jekyll dan Hyde
Liverpool merumuskan prestasi musim ini hanya dalam satu perlawanan: pertahanan yang bocor, serangan yang kadangkala luar biasa, referee dan linesman lembab, peluang keemasan yang tidak masuk dalam gawang, fans tergamam dan tak mampu bersorak. Itu semua merupakan episod berulang sepanjang tahun.

Ulangtahun ke-34 Hillsborough
Seperti saban tahun, perlawanan home game terakhir sebelum 15 April akan menjadi tribute buat Hillsborough dengan plakad angka 97 di the Kop dan juga eternal flame. Arteta memakai lapel pin angka 97 dan peminat away berjaya senyap sepanjang seminit moment of silence. Juga tiada sorakan yang menghina tragedi ini sepanjang perlawanan. Terima kasih Arsenal FC anda memang ada kelas dan layak muncul juara (kalau menang lah).

Main home tapi macam main away
Selepas bolos dua gol, home fans telah menjadi sunyi sepi seperti tidak percaya yang Liverpool begitu teruk serta barisan pertahanan seolah cap ayam. Ini menyebabkan Arsenal berjaya mengawal permainan seolah-olah mereka home team dan Liverpool sedang berkunjung ke Emirates. Pemain-pemain LFC sekadar mengejar bayang-bayang dan tidak dapat hampir dengan bola langsung. Teruk giler bro!

Xhaka menjadi punca
Setelah bolos 2-0 dan hampir bolos gol ketiga, peminat Liverpool dalam dan luar stadium seolah sudah menerima Liverpool kalah lagi kali ini dan mungkin bolos 0-4. Tapi entah kenapa tiba-tiba Granit Xhaka provoke Trent Alexander-Arnold menyebabkan seluruh pemain dan fans di stadium bengang. Kedua-dua pemain telah dilayangkan kad kuning tetapi terasa injustice untuk Trent, fans di stadium telah bangkit daripada lamunan dan bersorak habis-habisan mahu menghukum Xhaka yang kelihatan angkuh dan berlagak seawal separuh masa pertama lagi.

Bobby berbisa
Roberto Firmino telah menjaringkan gol penyamaan di hujung perlawanan. Ini menjadikan jaringan 8 gol dalam 8 home games menentang Arsenal. Keseluruhannya 11 gol dalam 15 permainan. Anda memang lejen Si Señor!

About Author

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.