Michael Edwards Sah Kembali Bersama Liverpool FC….
1 min readFenway Sports Group (FSG), pemilik Liverpool FC telah mengesahkan bahawa Michael Edwards, bekas Pengarah Bola Sepak Liverpool kini kembali sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Bola Sepak (CEO of Football) bersama pasukan itu.
Ini merupakan berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat Liverpool FC atas kemampuan Edwards mengenalpasti bakat-bakat bola sepak dan kemampuannya menjual bakat-bakat pelapis dengan harga yang tinggi.
Cuma kali ini bidang tugas beliau lebih penting kerana beliau akan terlibat melantik jawatan-jawatan lebih besar dalam bola sepak seperti Pengurus dan Jurulatih, serta pasukan rekrutmen Liverpool.
Kepercayaan yang diletakkan oleh FSG ini akan menyaksikan tugas peetama dan utama Edwards adalah memilih dan melantik pengganti Jurgen Klopp yang akan meninggalkan pasukan pada hujung musim ini.
Apa pandangan anda dengan pelantikan ini?
Admin rasa ini merupakan satu kejayaan besar FSG dan juga akan meringankan beban mereka dalam mencari pengganti Klopp. Kalau pengganti Klopp bungkus, mereka akan kata ini adalah pilihan Edwards. Kalau pengganti Klopp berjaya, mereka akan kata itu adalah kerana mereka berjaya ikat Michael Edwards. Bijak, bijak..
#BeritaDariAnfield