Masih ingat Jorg Schmadtke dan jasanya kepada Liverpool?
Schmadtke hanya bertugas selama 3 bulan, dan beliau telah membentuk teras bahagian tengah pasukan baru dengan pembelian Alexis Mac Allister, Dominik Szoboszlai, Ryan Gravenberch, dan Wataru Endo.
Dengan persembahan cemerlang Liverpool musim ini, mungkin ramai penyokong Liverpool telah lupa untuk berterima kasih kepada Schmadtke.
Ketika itu, hanya kebengangan dan kerisauan peminat yang menjelma, mengenangkan ramai pemain yang keluar tanpa pengganti. Yang tinggalkan Liverpool ketika itu adalah Firmino, Jordan Henderson, Fabinho, Milner, Alex Oxlade-Chamberlain, dan Naby Keita. Pendekata, memang cedera parah lah bahagian tengah semua keluar serentak. Kena ganti baru sekaligus.
Yang membuatkan peminat menggelabah dan melabel beliau gagal adalah kerana kegagalan merebut Moses Caicedo, Romeo Lavia, dan Andre.
Kini satu musim berlalu, mungkin tiba masa kita ucap terima kasih kepada Sporting Director 3 bulan kita.
Danke Jorg!
#beritadarianfield #anfieldmy