Berita dari Anfield

Catatan Steward Sambilan

Jurgen Klopp Kembali ke Bola Sepak bersama Red Bull Football.

Bekas pengurus Liverpool FC, Jurgen Klopp telah dilantik menjadi Ketua Global Bola Sepak bagi Kumpulan Red Bull.

Klopp, 57 tahun akan mula menjalankan tugas pada Januari 2025.

“Selepas hampir suku abad karier saya hanya di tepi padang, saya sangat teruja untuk memulakan satu karier baru dalam bola sepak tetapi dalam bentuk yang berbeza,” ujar Klopp.

“Bidang tugas saya mungkin sudah bertukar namun semangat saya terhadap bola sepak dan mereka yang terlibat dalam memajukan industri ini tetap tidak akan pudar.”

Menurut Red Bull, Klopp tidak akan terlibat dalam operasi harian tetapi akan menjadi penasihat bagi konsep permainan dan strategi, strategi perpindahan pemain, dan pembangunan jurulatih.

Oliver Mintzlaff, CEO Projek Korporat dan Pelaburan Red Bull berkata; “Jurgen Klopp merupakan salah satu nama terbesar dalam dunia bola sepak, dengan kemahiran dan karisma luar biasa.”

“Sebagai Ketua Global Bola Sepak Red Bull, beliau akan merubah lanskap penglibatan kami dalam bola sepak global dan pembangunannya.”

Apa pandangan korang, gembira tak untuk Klopp?
Adakah jawatan bagi Klopp ni merupakan jawatan setaraf bagi Michael Edwards di FSG?

#anfieldmy #beritadarianfield #jurgenklopp

About Author

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.