Jayden Danns meraikan gol sebagai ballboy dan sebagai penjaring golnya sendiri….
Kelab Liverpool telah menerbitkan gambar Jayden Danns meraikan salah satu gol di Anfield semasa bertugas sebagai ball boy.
Memang
kebiasaannya ballboy diambil daripada kalangan pemain akademi bagi memberikan pengalaman terlibat dalam perlawanan sebenar, memahami suasana perlawanan bola sepak, memahami taktikal, memerhatikan pemain senior di posisi mereka, serta terlibat secara langsung dengan membekalkan bola keluar padang secara taktikal (lontaran pantas, perlahan dsb.)Mungkinkah Jayden Danns akan termasuk dalam kalangan pemain akademi yang berjaya mencipta nama di Anfield? Dua jaringan berkualiti beliau menunjukkan tanda-tanda potensi dan bakat yang besar.